Followers

Tuesday, December 21, 2010

BANGSA DAN AGAMA - YANG MANA LEBIH UTAMA

Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Hujuraat ayat 13;

"Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptamu dari laki-laki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah dalam kalangan kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Dalam Pengetahuannya."

BANGSA dan AGAMA! Yang mana dahulu? Yang mana harus diletakkan sebagai keutamaan yang patut didahulukan. Inilah salah satu persoalan yang realitinya hari ini menjadi satu barah dalam kehidupan masyarakat Islam di setiap pelusok dunia. Kegagalan mengesan awlawiyat dalam kehidupan terutama dalam hal membezakan keutamaan bangsa dan agama dalam perjuangan.

Hakikatnya Allah menetapkan tahap tertentu antara dua perkara ini melalui ayat Al-Quran di atas. Sesungguhnya taraf pelbagai bangsa yang wujud didunia ini adalah sekata. Tidak ada bangsa yang dilebihkan Allah berbanding bangsa lain dari sudut kemuliaan melainkan taqwa itulah yang menjadi pembeda kemuliaan seseorang atau sesuatu kaum. Sabda Rasulullah s.a.w.;

"Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama iaitu (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas 'ajam (yang bukan arab) atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan."

Maka tahulah kita dengan jelas bahawa bangsa bukan keutamaan dalam perjuangan. Tidak dinafikan survivor bangsa perlu dipertahankan tetapi hendaklah secara berhemah serta tidak menjejaskan survivor agama yang keutamaannya melebihi bangsa.

Contohnya hari ini, umat Islam lantang menyuarakan dan memperjuangkan agar bangsa mereka sentiasa diangkat sebagai bangsa penguasa sedang kita lupa untuk mengangkat Islam untuk memerintah. Maka terdengarlah slogan mengagungkan bangsa, mengangkat bangsa sebagai tuan sehingga menimbulkan krisis perkauman sekaligus menggugat kesejahteraan yang sedia wujud.

Walhal, Nabi mewasiatkan supaya kita mengangkat Islam sebagai tuan dan faktor pimpinan kita kerana Islam itu membawa rahmat ke seluruh alam. Islam agama yang cukup bertolenrasi antara agama sekaligus mengelakkan krisis antara agama apatah lagi pergaduhan kaum. Ini diakui sendiri oleh orang bukan Islam sejak zaman berzaman dan dibuktikan secara praktikal oleh Nabi Muhammad s.a.w. lebih 1400 tahun yang lalu. Sabda Rasulullah s.a.w lagi;

"Sekalipun jika yang memerintahkan kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan kitab Allah, maka dengar dan taatlah."

Islam tidak memandang taraf seseorang itu, atau bangsanya, atau apa jua kritirea lain dalam mengangkat kepimpinan sebaliknya ketaqwaan dan kemampuan seseorang itu menjadi ulil amri yakni nanusia yang taat pada Al-Quran dan Sunnah serta mentadbir dengan keduanya menjadi penilaian. Mereka inilah (taat pada Allah dan rasul) yang wajib kita angkat dan taati sebagai pimpinan.

Mahfumnya di sini, Islam mengutamakan ketaqwaan kepada Allah melebihi keutamaan bangsa. Nabi Muhammad s.a.w. dalam peringatannya yang lebih keras kepada umatnya mengatakan;

"Bukan dari kalangan aku orang yang menyeru ke arah assobiyah (kebangsaan), dan bukan dari kalangan aku orang yang berperang atas dasar assobiyah (kebangsaan), dan bukan dari kalangan aku orang yang mati kerana dasar assobiyah (kebangsaan)"



Dengan dalil-dalil jelas ini seharusnya kita dapat sedar diri tentang keutamaan yang perlu kita ambil peduli. Bangsa atau Agama. Maka, pilihlah agama kerana itu penentu kemuliaan di sisi Allah. 

Kesimpulannya, majulah bersama Islam. Dengan kita mengangkat ajaran Islam dalam masa yang memajukan bangsa kita tanpa mendiskriminasi kaum lain. Itulah toleransi Islam. Maka, majulah kalian semua dengan Nur Islam, tauladan oleh Junjungan Nabi, rahmat kurniaan Rabbi Ilahi.

"BERSATU DALAM SAF ISLAM"


Wednesday, December 8, 2010

KONSPIRASI DUNIA - BAGAIMANA KITA DIMANIPULASI

Pertamanya sekali saya memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan artikel untuk menerangkan hakikat sebenar iluminisasi dan freemason seperti yang dijanjikan. Masih ada beberapa perkara yang belum lengkap untuk menyiapkan artikel saya itu.

Maka, hari ini InsyaAllah artikel saya akan lebih menjurus kepada formula yang digunakan untuk memanipulasi masyarakat dunia kepada pemikiran elektron. Pemikiran negatif yang melihat perkara buruk itu sebagai sesuatu yang baik, mengangkat nafsu sebagai pemegang mahkota dan menyisihkan agama dari kehidupan. Persoalannya, bagaimana ia dilakukan?

Satu perkara yang pasti, formula gerak kerja mereka ini dirancang dalam satu jangka masa yang panjang. Mungkin sejak zaman Nabi Adam lagi kerana manusia juga diberi amaran mengenai kewujudan dajjal ini melalui Nabi-Nabi terdahulu. 

Ada teori yang mengatakan perancangan ini bermula dengan kewujudan zaman Renaissance iaitu tempoh waktu di antara zaman gelap di Eropah dan kebangkitan Eropah. Walaupun begitu, saya lebih cenderung untuk mengatakan semua ini bermula sejak Nabi Adam a.s. di dalam syurga lagi. Saya pasti saudara semua menerti megapa saya katakan begitu.

Kembali kepada fokus utama artikel ini, bagaimana kita dimanipulasi. Dalam konteks Malaysia dan kebanyakkan negara dunia, proksi pemerintahan dajal ini menyelinap ke dalam minda masyarakat melalui penjajahan yang terbahagi kepada 2 iaitu penjajahan fizikal dan seterusnya kepada matlamat mereka iaitu penjajahan minda.

Maka, tidak hairanlah kuasa-kuasa besar dahulunya menjajah satu demi satu daratan di bumi ini termasuk Malaysia. Hal ini kerana untuk menguasai pemikiran seseorang, fizikal mereka terlebih dahulu perlu dikuasai. Teorinya mudah. Sama seperti seseorang diugut untuk memberitahu sesuatu yang di minda mereka dengan kekerasan pada fizikal mereka. Hanya orang yang kental jati diri sahaja yang mampu bertahan. Oleh sebab itu sesuatu masyarakat dijajah dalam tempoh yang lama untuk mengurangkan kekuatan dalaman mereka.

Malangnya kita diberitahu bahawa kita dijajah kerana rempah ratus. Satu fakta yang sangat rapuh untuk dijadikan bahan sejarah. Mungkin itu adalah salah satu daripada faktor namun itu BUKANLAH ASAS KEPADA PENJAJAHAN TANAH MELAYU.

Berkurun lamanya menjajah, apabila tiba waktunya mereka akan lepaskan kita. Maka tanggal 31 Ogos 1957 menjadi tarikh bersejarah buat rakyat Malaysia. Kita dimerdekakan namun benarkah kita merdeka?

Antara asbab saya mengutarakan persoalan ini adalah catitan di dalam sebuah buku berbahasa Ibrani oleh General berbangsa Yahudi yang mengatakan "jangan tinggalkan walau seincipun tanah jajahan sekali masyarakat mereka belum kamu jajah."

Maka timbul persoalan, bukankah masyarakat kita sebelum merdeka dahulu memang dijajah? Ya secara fizikal namun tidak mindanya. Kini, kita sudah merdeka. Adakah kita dimerdekakan kerana kita sudah berjaya dijajah bak kata General yahudi laknatullah tadi? Renungkan sendiri.

Terdapat tiga kunci utama cara mereka memanipulasi masyarakat dunia. Tersusun dan rapi. Pertama, menyemai ke dalam jiwa-jiwa manusia dengan senjata lagha. Atau lebih mudahnya hiburan. masyarakat dunia di bawa kepada satu pemahaman bahawa dunia ini untuk berhibur. Lebih dasyhatnya lagi 'trick' ini dilakukan dalam keadaan kita sendiri tidak sedar. Kadang kita menyatakan untuk menolak pemahaman seumpama ini namun kita mengangkat pemahaman seumpama ini iaitu dunia untuk hiburan dalam keadaan tidak sedar.

Kedua, mereka meletakkan kebimbangan dan kerisauan ke dalam hati-hati setiap individu di dunia. Siapa yang di antara kita tidak pernah merasa risau tentang perkara dunia. Tekanan hidup yang dihadapi baik tekanan ekonomi, sosial dan pelbagai tekanan lain membuatkan kita tercari-cari tempat bergantung. Misalnya dalam ekonomi. Tentu ramai tidak tahu mengapa golongan ini terlalu beria-ria mahu mengiklankan riba dalam ekonomi. Jawapannya adalah apa yang dilihat hari ini. Banyak negara terpaksa melutut kepada 'mereka' kerana dimakan 'sumpahan riba'.

Setelah jiwa masyarakat dunia disemat dengan nur 'lagha' dan dihimpit pula dengan tekanan yang pelbagai rupa, kunci ketiga adalah harapan. Mereka datang dengan tangan terhulur namun itu semua adalah palsu. Tangan yang dihulur sebenarnya ada perangkap dibelakangnya. Tangan sebelah lagi menggenggam pisau untuk menikam masyarakat manusia. Harapan terus diberikan kepada masyarakat dunia. Sampai bila hanya Allah yang tahu namun tidak mustahil mungkin sehingga tiba ketua mereka iaitu dajal (antichrist).

Akan bersambung...


Wednesday, December 1, 2010

KONSPIRASI DUNIA - TEORI KUASA, DAJJAL & PERLAMBANGAN AGAMA

Sebelum saya mulakan artikel ini molek rasanya untuk saya terangkan satu teori supaya pembaca dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Teori yang saya gelarkan teori kuasa yang terbahagi kepada dua iaitu kuasa positif dan kuasa negatif.

Sebenarnya teori kewujudan kuasa positif dan kuasa negatif ini bukanlah satu penemuan baru sebaliknya ia adalah teori yang telah dipercayai masyarakat dunia sejak sekian lama. Teori kuasa ini wujud misalnya dalam pengkajian ilmu sains di mana atom-atom di dalam tubuh kita dikatakan akan mengeluarkan cas-cas kuasa tertentu.

Dalam perubatan hemopati dan perubatan Islam pula, teori kuasa ini juga diguna pakai dan ia digelar sebagai gelombang. Perawat akan mengesan gelombang-gelombang tertentu yang terdiri daripada gelombang positif dan gelombang negatif untuk mengesan sesuatu penyakit atau masalah yang dihadapi. Dan gelombang yang dikesan itulah teori kuasa iaitu cas kuasa positif dan kuasa negatif.

Namun apa yang perlu kita fahami adalah teori kuasa ini bukan terbatas kepada pentakrifan kuasa negatif dan positif dari sudut pandang saintifik. Sebaliknya ia perlu dipandang dengan lebih luas lagi iaitu positif membawa makna kebaikkan dan negatif membawa makna keburukan. Dan untuk lebih memahami adalah lebih baik untuk saya nyatakan satu ayat yang saya sendiri terlupa sama ada kata-kata sahabat, kata-kata salafus soleh atau madah daripada ulama-ulama besar terdahulu.. Maaf di atas kelemahan ini namun bait ayat ini mampu menerangkan apa yang cuba saya sampaikan.

"Dahulu, di zaman Nabi SAW, kebaikkan mengatasi keburukan sehingga manusia malu-malu untuk berbuat dosa kerana ia dilihat jijik dan kotor. Hari ini, di zaman ini, keburukkan mengatasi kebaikkan sehingga manusia menjadi malu-malu berbuat baik kerana ia dilihat jijik dan kotor."

Syeikh Imran N Hosein pernah mengutarakan satu pertanyaan. "Apakah yang kamu faham tentang perlambangan agama?" Maka di sini saya pula bertanya, apa yang anda faham tentang perlambangan agama?

Sabda Rasulullah SAW, "Setiap nabi-nabi telah memberi amaran kepada kaumnya mengenai dajjal. Sebagaimana Nabi Nuh a.s. tetapi aku akan memberitahu kalian tentang sesuatu yang tidak pernah diperkatakan oleh nabi-nabi terdahulu. Sesungguhnya dajjal itu bermata melihat dengan satu mata, mata kirinya. Dan buta di sebelah kanan matanya dan nampak seolah-olah biji anggur yang terapung. Sedang Tuhan kalian tidak bermata satu."

Jadi apa kaitannya teori kuasa, dajjal dan perlambangan agama? 

Mudah. Apa yang cuba saya jelaskan di sini sesungguhnya 'mereka' yang sedang menunggu ketibaan dajjal sedang memanipulasi masyarakat dunia dengan menyebarkan kuasa negatif melalui perlambangan agama. lebih mudah saya gelarkan perlambangan agama dajjal.

Ia bukan agama baru yang dicipta sebaliknya ia satu kesinambungan kepada kepercayaan yang bermula pada zaman Mesir Purba yang diasaskan oleh Firaun. Yang dimaksudkan adalah iluminati.

Siapa 'mereka' itu? merekalah kumpulan yang mempelopori konspirasi dunia ini. 'Mereka' tidak ramai namun 'mereka' berkuasa dan 'mereka' terdiri daripada golongan elit, pembesar-pembesar dan orang-orang penting dalam negara. Dan mereka sedang menyebarkan sesuatu yang dipanggil kuasa negatif dalam teori kuasa iaitu keburukkan melalui perlambangan. Sebenarnya terdapat banyak lagi cara kuasa ini disebarkan namun fokus kita hari ini adalah perlambangan.

Muktahir ini timbul isu yang mengatakan NAZI menguasai NAVY dan NASA (National Aeronautic Space Administration). NAZI kepada NASA adalah lebih kuat dengan banyak bukti termasuklah daripada bekas-bekas saintis NASA sendiri. NASA selama ini telah banyak melakukan pembohongan/hoax dan menyembunyikan fakta sebenar. Sebagai contoh tentang pendaratan Neil Armstrong ke bulan, itu hanyalah satu rekaan. Sebenarnya tiada manusia yang pernah menjejakkan kaki ke bulan kerana keadaan dipermukaan bulan amat merbahaya kepada manusia, dengan gas-gas beracun dan sebagainya.

Apa kaitannya pula kewujudan NAZI di sini? Ada kaitan kerana mengikut sejarah NAZI adalah kumpulan yang disokong dengan dana yang besar oleh iluminiti.


Tambahan pula mungkin kerana Amerika sebelum itu tidak berpuas hati dengan Russia, kerana Russia menjadi negara pertama yang menghantar manusia mengelilingi bulan, iaitu angkasawan Yuri Gagarin. Maka tidak ada pilihan lain, Amerika kononnya ingin melakukan satu perintisan dengan menghantar manusia menjejakkan kaki ke bulan.
Kenapa penjejakan kaki manusia dibulan adalah satu hoax? Beberapa pakar sendiri telah menyatakan bahawa ianya hanya dirakamkan didalam studio dan kesan cahaya dari cahaya matahari dari gambar yang diambil di permukaan bulan itu adalah TIDAK LOGIK sama sekali!


Saintis-saintis roket NAZI dibawa masuk ke USA secara rahsia dan bertugas di NASA. Mereka digelar sebagai ‘Project Paper Clip Team’.
Project Paperclip Team
Walaubagaimana pun, bukanlah semua pekerja NASA dan NAVY Amerika itu terlibat dengan NAZI atau Illuminati. Tetapi maksud yang ingin disampaikan ialah organisasi itu sudah dikuasai oleh golongan pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Illuminati.
NAVY dapat memonitor laut dan udara, sedangkan NASA dapat memonitor keadaan angkasa lepas dan sewaktu dengannya. Perancangan mereka bukannya sembarangan tetapi diatur daripada segenap sudut dan ceruk dunia ini.
Cop Mohor Kerabat Diraja British Pada Produk-produk Di Pasaran
Pernahkah anda melihat simbol yang digunakan oleh kerajaan British ini yang biasanya dipanggil sebagai ‘Coat of Arms’?
Perhatikan simbol ini di bangunan-bangunan milik mereka.


Pintu pagar istana Buckingham, England

Dan perhatikan simbol ini yang mana walaupun tidak 100% sama, tetapi asasnya sama yang digunakan pada produk-produk rokok dan arak sebagai tanda pengenalan mereka.










Bells whisky
Golongan atasan Illuminati dikatakan mereka yang berasal daripada salah satu puak keturunan Yahudi. Pendek kata mereka adalah daripada keturunan Yahudi. Dan ada juga pendapat yang mengatakan mereka berketurunan Firaun. Tambahan pula ada 15 keturunan semuanya yang dikaji berada dalam tampuk pemerintahan Illuminati.
Kesimpulannya, dunia hari ini didedahkan kepada tenaga negatif sebagai salah satu strategi memerangkap manusia ke dalam penjara yang di bina kumpulan ini tanpa besi. Mereka sedang menanti kedatangan dajjal dan ingin menyambut ketibaan dajjal dengan simbol-simbol ini. Seharusnya kita perlu sedar akan tipu muslihat musuh ini. 

Cukup setakat ini rasanya untuk kali ini. Saya tinggalkan anda dengan beberapa gambar lagi untuk direnungi bagaimana konspirasi ini dirancang untuk menyambut ketua mereka dajjal. InsyaALLAH artikel akan datang saya akan memperkatakan tentang iluminati dan FREEMASON...


BANK NEGARA
George Washington

Piramid dan mata dajjal
pada wang amerika
Dari mana penampilan hakim di ambil?


Tuesday, November 30, 2010

KONSPIRASI DUNIA - BENARKAH IA WUJUD?

Bagaimana sekiranya ada yang mendekati anda dan berkata "anda sekarang ini dalam permainan konspirasi dunia. Semua di sekeliling anda satu konspirasi supaya anda buta, pekak dan tuli terhadap hakikat sebenar. Di depan anda, belakang anda, kiri dan kanan anda semuanya permainan belaka. Anda kini berada dalam permainan dunia. Kadang-kala anda pemainnya dan kadang-kala anda yang dipermainkan. Dan...ANDA TIDAK SEDAR AKAN SEMUA INI."?

Konspirasi Dunia, BENARKAH IA WUJUD. Satu kajian daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka "wakeup project" mendedahkan konspirasi ini memang wujud dan kini mereka telah masuk ke FASA KE-3. Pendedahan mereka lengkap dengan bukti-bukti dan teori-teori kewujudan konspirasi bahkan Al-Quran dijadikan rujukan utama dalam penyelidikan mereka. Berbalik kepada soalan tadi, benarkah wujud sebuah konspirasi peringkat global yang mempermainkan semua jiwa-jiwa manusia masyarakat dunia?

Mungkin saya tidak layak menjawab persoalan itu namun seperti yang dikatakan "wakeup project" kami hanya menanyakan soalan, mendedahkan bukti, membentangkan fakta dan mencorak teori tertentu untuk anda lihat, nilai dan teliti. Asbabnya, andalah yang akan menjawab pertanyaan ini untuk diri anda dan menentukan sikap anda kemudiannya.

Kita melihat dunia dan kita melihat sejarah. Kita melihat sekeliling kita. Corak ekonomi, sosial, politik, hak asasi,, isu makanan, dan isu global lain. Kita melihat semua itu dan saya yakin pasti pernah terlintas di fikiran kita barang sekali akan satu kenyataan, "Ini semua tak betul".

Dahulu negara-negara dunia dijajah oleh kuasa besar. Berdekad-dekad dan berabad lamanya namun pada akhirnya negara-negara ini dimerdekakan tanpa sebab-sebab yang munasabah. Dahulu mereka mendapatkan kita dan kemudian mereka lepaskan kita begitu sahaja. Benarkah kita dilepaskan begitu sahaja?

Masyarakat di Malaysia lebih setengah abad telah dipertontonkan dengan satu teori klasik bahawa kedatangan penjajah ke Tanah Melayu adalah disebabkan rempah. Kerana kedudukan strategik. Kerana laluan dagang. Pernah sahabat saya berkata sinis, "Kita dijajah kerana rempah ratus?". Dan saya timbulkan persoalan di sini untuk anda semua, "Benarkah? atau ini satu lagi konspirasi."

Sejarah ditinggalkan dengan pelbagai persoalan dan misteri yang belum terungkap dengan fakta jelas. Hanya teori yang dipersembahkan umpama bukti kukuh untuk pihak tertentu. Kini, kita melihat dunia hari ini. Dunia hari ini berada di putaran fitnah. Manusia semakin hilang pedoman, kabur arah tuju dan matlamat. Seperti kemanusiaan itu tidak wujud.

Keganasan dianggap keamanan dan masyarakat dunia seperti redha dalam tingkah mereka walau mulut membantah. Dunia di kelilingi fitnah hingga manusia merasakan tidak ada sesiapa yang boleh dipercayai termasuk dirinya sendiri. Zaman manusia menjadi kejam. Bayi dibunuh, wanita dirogol, jejaka muda dinodai dengan maksiat. Runsing.

Tidak cukup itu, kehidupan kita terus ditekan. Ekonomi yang serabut, corak sosial yang pro-negatif, politik yang kejam, kita bagai dipaksa untuk mempercayai sesuatu yang tidak pasti dengan paksaan yang sangat halus tetapi cukup menyeksa.

Mungkin artikel hari ini tidak menyatakan fakta namun apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah satu gambaran dunia yang hakikatnya penuh keraguan dan kemusykilan. Dunia hari ini huru-hara. Kita dipaksa untuk mempercayai perkara yang tidak sepatut kita percaya dan kita tidak menyedarinya. Ia dinukil dengan cukup halus dan berkesan kerana IA ADALAH SEBUAH KONSPIRASI DUNIA. Dan sebagai mukadimah cukuplah saya katakan ...FREEMASON.

InsyaAllah akan bersambung...

  

Monday, November 29, 2010

ISTERI TAK TAHU MASAK vs LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM

OLEH:
Ms Syariffanor Hisham
Department of Computer Science
University of York
Heslington, York
United Kingdom 



Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!




Saturday, November 13, 2010

INTERNET ITU ASALNYA ILMU ISLAM??

Internet itu asalnya ilmu ISLAM. Pernyataan yang tiba-tiba terlintas di laluan minda ana dengan izin dan ilham dari Allah Azza Wa Jalla tatkala membaca sebuah kisah mengenai ilmu kasyaf seorang ulama besar silam. Tergerak pula hati untuk berkongsi dengan sahabat semua tentang perkara ini.

Diceritakan Syeikh Abdul Qadir Jailani didatangi oleh pemuka-pemuka besar Kota Baghdad. Dia diajak untuk turut serta beribadah malam secara beramai-ramai oleh pembesar-pembesar itu. Pada mulanya, beliau menolak tetapi setelah pembesar itu berkeras juga mahu beliau turut serta, dengan berat hati beliau bersetuju.

Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pemuka-pemuka Baghdad menjemput beliau untuk memberi tazkirah dan sedikit peringatan. Sekali lagi beliau cuba mengelak tetapi setelah dipaksa dia bersetuju. Maka, diapun memberi tazkirah. Tazkirahnya amat pendek dan ringkas. Ujar beliau "Sesungguhnya tuhan kamu semua berada di tapak kakiku."

Alangkah terkejut pembesar-pembesar Baghdad itu. Mereka lantas melaporkan kepada pemerintah akan hal ini. Pemerintah menitahkan supaya hal ini disiasat dan Syeikh Abdul Qadir Jailani dipancung jika bersalah.

PERBICARAAN SYEIKH ABDUL QADIR
Tuan wali yang ditugaskan menyiasat bertemu Syeikh Abdul Qadir Jailani. Beliau bertanya, "Ya Tuan syeikh, pada sekian tempat, sekian hari dan sekian waktu, benarkah Tuan Syeikh ada berkata sekian-sekian perkataan."

Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani, "Ada."

"Berikanlah alasanmu agar dapat ditidakkan hukuman ke atasmu, Tuan Syeikh."

"Jika kamu mahu tahu alasanku, lihatlah di tapak kakiku."Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Tuan Kadhi lantas melihat tapak kaki Tuan Syeikh lalu terlihat kepingan dinar emas di kakinya. Fahamlah akan Tuan Kadhi apa yang ingin disampaikan Tuan Syeikh Abdul Qadir Jailani. Sesungguhnya ibadat pembesar-pembesar Mekah itu bukan kerana Allah tetapi kerana dunia.

PERKAITAN DENGAN INTERNET
Jika diteliti kisah ini mungkin sukar untuk dikaitkan dengan internet. Akan tetapi, kisah di atas mencritakan tentang suatu ilmu yang hanya terdapat dapat mereka-mereka yang terpilih dengan hakikat tasawuf yang sebenar sehingga mencapaikan dirinya ke tahap wali Allah. Itulah ilmu kasyaf.

Sesungguhnya dalam kisah ini Allah memperlihatkan kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani tentang niat pembear-pembesar Baghdad itu yang beribadat kerana dunia dan bukan kerana Allah. Tuhan mereka dunia walau perbuatannya menyembah Allah.

Banyak lagi kisah-kisah ilmu kasyaf yang lain melibatkan wali-wali Allah bahkan melibatkan kekasih Allah, Muhammad saw. Allah memperlihatkan dan menggambarkan kepada mereka semua secara LIVE tentang sesuatu perkara sehingga mereka boleh mengetahui tentang perkara tersebut. Sememangnya tidak masuk akal tetapi bukan mustahil bagi Allah swt untuk melakukan.

INTERNET ITU KASYAF ZAHIR
Yang terlintas di minda ana ialah internet itu ilmu kasyaf zahir yang berasal daripada ilmu Islam. Bagaimana? Konsepnya mudah, tidak kompleks untuk difahami.

Ilmu kasyaf yang bolehlah di istilahkan kasyaf batin adalah suatu ilmu di mana seseorang itu diperlihatkan dengan suatu keadaan yang tidak mampu dicapai akal manusia. Maka, seseorang itu mengetahui sesuatu perkara seperti kisahnya seorang wali diperlihatkan Allah akan cuaca di Kota Mekah sedang dia tidak berada di Mekah.

Samalah konsepnya dengan internet. Kita diperlihatkan dengan suatu perkara yang di luar jangkauan kita seperti mengetahui perihal cuaca yang berlaku di sesuatu tempat sedang kita tidak berada di situ. Konsepnya sama maka tidak salah untuk di istilahkan internet ini adalah kasyaf zahir.

PERIHAL KASYAF
Adapun satu lagi persamaan adalah perihal kasyaf itu sendiri. Ada ilmu yang ilhamnya dari Allah swt iaitu kasyaf orang-orang beriman. Dan  ada juga ilmu yang disandarkan kepada bantuan makhluk Allah yang lain seperti jin iaitu kasyaf orang yang syirik.

Begitulah juga internet. Ada ilmu yang diperoleh melaluinya atas nama Allah dan ada yang disalurkan dengan jalan redha syaitan. Internet, di situ ada nasihat kepada agama juga di situ ada ajakan kepada dunia. Yang tinggal diri kita untuk menilai dan menapis segala ilmu yang ada.

Kesimpulannya, ilmu kasyaf itu ada pada diri kita. Walaupun mungkin ilmu kasyaf itu adalah ilmu kasyaf tingkatan paling rendah. Dan sebagai umat Islam, kita perlu menggunakan segala maklumat yang diperolehi melalui internet atau kasyaf zahir ini untuk Islam. Untuk perjuangan Islam. Perjuangan mengajak manusia ke arah pengabdian diri kepada ALLAH. Itu perjuangan kita semua umat ISLAM.





MENUNGGU BIDADARI SYURGA, PENEMAN DIRI DI RABBUL JANNAH

Tatkala penghuni Jannah melangkah ke Taman Nikmat yang tidak berpenghujung, dia ternanti-nanti akan teman yang akan bersamanya menikmati nikmat Syurga. Dia ternanti-nanti akan pendampingnya. Bidadari syurga yang bakal patuh dan setia padanya. Dia itu tidak menyusahkan atau membuatkan dirinya berkecil hati bahkan dia amat menyenangkan lagi sentiasa sedia dalam dara. 

Dalam penantian itu, muncul seorang wanita bidadari syurga dari arah dia melihat. Berjalan sopan sejuk mata memandang menuju ke arahnya sambil tangan membawa dulang berisi makanan. penghuni syurga itu terpinga, terpaku dengan kecantikkan bidadari syurga itu.

Selama hidup di dunia belum pernah aku melihat wanita secantik ini. BENAR!! Tiada yang secantik ini dalam luas bulatan dunia. Itulah wanita paling cantik yang diperlihatkan kepada matanya oleh Allah Azza Wa Jalla. Kulitnya putih bersih, wajahnya cantik menyenangkan, lagaknya lembut dan dia datang membawa makanan.

Penghuni syurga itu benar-benar terpikat. Dia cuba menyentuh kulit halus wanita itu tatkala menghampirinya kerana di syurga semuanya HALAL dan TOIYIBA. Tetapi, bidadari syurga itu melarang dan mengatakan dirinya bukan peneman penghuni syurga itu bahkan ada yang lebih baik sebagai peneman untuk dirinya, penghuni syurga sedang dirinya hanya pembawa makanan untuk ahli syurga. Dia perlu bersabar.

Penghuni syurga kehairanan. Logiknya, wanita dunia bergelar isteri akan menyediakan makanan untuk suami tetapi ternyata yang cantik rupawan di hadapannya hanyalah pembawa makanan dan bukan peneman hidupnya. Maka, penghuni syurgapun menunggu.

Tidak berapa lama datang pula seorang wanita bidadari syurga sambil memegang dulang berisi minuman menuju ke arahnya. Wajahnya cukup indah, cantik bahkan lebih cantik dari bidadari syurga yang pertama tadi. Berjalan sopan dengan senyuman menuju kepadanya.

Penghuni syurga itu dalam keadaan terpaku teringat akan keadaan di dunia. Si isteri akan membawa air untuk suami tatkala suami pulang ke rumah. Itu kebiasaaannya. Maka, di menjadi yakin bahawa wanita itulah temannya di syurga. Lalu ingin disentuh wanita bidadari syurga itu. Tetapi, bidadari syurga itu menegah dan mengatakan dia hanyalah pembawa air untuk ahli syurga. Sedang ada yang lebih baik untuk ahli syurga. maka terpaksalah penghuni syurga terus menunggu.

Beberapa tika kemudian datang seorang lagi wanita bidadari syurga sambil memegang dulang terisi pakaian. Lelaki syurga teringat akan keadaan di dunia di mana si isteri adalah insan yang akan menyediakan pakaian untuk suami. Dibasuh, dibilas, disidai, dilipat sehinggalah disiapkan untuk dipakai suami. Maka, yakinlah dia wanita bidadari itu adalah teman syurganya.

Wajah bidadari itu cantik sekali. Kali ini lebih cantik dari bidadari pertama. Lebih cantik dari bidadari kedua bahkan lebih cantik daripada semua wanita dunia yang pernah dilihatnya. Kulitnya putih bersih berseri. Lagaknya lembut sopan sungguh menggoda.

Bidadari itu melangkah mendekatinya. Tatkala ingin disentuh lelaki syurga wanita itu melarang dan mengatakan dia hanyalah pembawa pakaian syurga untuk ahli Jannah. Sedang ada yang lebih baik untuk ahli syurga. Lalu terpaksalah lelaki syurga itu menunggu lagi.

Lelaki syurga terus menunggu dan tidak lama kemudian muncul di hadapannya seekor kuda putih yang sangat cantik. Melangkah gagah menuju lelaki syurga itu. Bulunya halus gebu sukar digambarkan. Sifatnya elok dan cantik hingga tergamam lelaki syurga melihatnya.

Di atas kuda itu wujud satu cahaya yang sangat indah. Kuda itu menghampiri lelaki syurga. Apabila semakin hampir barulah lelaki syurga tersedar bahawa yang bercahaya di atas kuda itu rupanya seorang wanita. Wajahnya ditutup dengan hijab.

Kuda itu berhenti betul-betul di hadapan lelaki syurga. Lelakimitu tergamam seperti terpukau melihat keindahan wanita itu. Hatinya kepingin melihat wajah wanita itu lalu dia mendekati untuk membuka hijabnya.

Maka, dibuka hijabnya. Alangkah terkejutnya melihat wanita di atas kuda indah itu adalah isterinya ketika di dunia. Tetapi wajahnya tampak muda sekitar 33 tahun. Rupanya juga semakin indah sehingga kecantikkannya melebihi kecantikkannya di dunia, melebihi kecantikkan semua penghuni dunia, melebihi kecantikan ketiga-tiga bidadari syurga tadi bahkan jika dicampur semua kecantikkan mereka, isterinya itu lebih cantik.

Wajahnya berseri dan bercahaya. kulitnya halus dan tembus seperti lut sinar. Pakaiannya indah dan memakai wangi-wangian yang harum. Sememangnya dia wanita syurga peneman lelaki Jannah yang paling cantik pernah dilihat.

Maka, suaminya bertanya akan bagaimana isterinya itu dapat masuk syurga dalam keadaan yang amat indah kejadiannya. Si isteri wanita syurga berkata, "Sesungguhnya tiga amal paling utama telah menjamin tempat dan keadaanku seperti ini. Itulah mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan dan ditambah dengan taat kepada suami iaitu diri kamu."


-Sesungguhnya, Lelaki yang beriman akan ditemani oleh isterinya yang beriman di syurga dalam keadaan yang tersangat elok. Dan di syurga tidak ada rasa cemburu oleh Isteri atau ego oleh suami kerana semua perkara buruk tidak akan masuk ke dalam syurga-







Thursday, November 11, 2010

LELAKI EMPAT ISTERI

ISTERI PERTAMA

Isteri pertamanya ini sungguh besar pengorbanannya. Dia sentiasa mendampingi, mengurus segala hal baik berkaitan kewangan, keluarga juga masalah-maalah besar yang memeningkan. Dia menjaga dengan penuh kasih sayang. Bahkan sakit badan suami hingga terasa pada dirinya. Tapi si suami jarang memberi perhatian padanya.

ISTERI KEDUA

Isteri kedua ini disayangi oleh si suami. Dia membeikan kegembiraan dan kegirangan pada suami. Tempat beteman, tempat berbicara di kala perlu. Dan si suami menyanyanginya lebih dari isteri pertama.

ISTERI KETIGA

Isteri Ketiga ini lebih disayangi oleh si suami. Dia membuat kehidupan suami bermakna. Menyenangkan hati dan memberi kebahagiaan. Kasihnya suami padanya membuatkan dia lebih diberi tumpuan berbanding isteri pertama dan kedua.

ISTERI KEEMPAT

Istei keempat paling disayangi si suami. Tanpanya tiada hidup. Segala dihabiskan untuk menjaga isteri keempat sebaik mungkin. Sakit, menderita. apa sahaja dilakukan untuk mengelak semua itu. Dia paling disayangi antara keempat-empat isteri itu.

DAN KISAHNYA...

Si suami dapat merasakan bahawa hidupnya tidak lama. Petanda demi petanda sudah tiba dan masa hidupnya semakin mengecil. Dia terkenangkan kehidupan di dunia ini. Dia ditemani empat isteri yang setia padanya. Setia menemani hidup dunianya.

Lalu, dia pergi kepada isteri keempat. Isteri yang paling disayangi. Dia berkata "Akan aku sediakan pakaian tercantik dan termahal, perhiasan tercantik dan termahal dan semua yang engkau inginkan yang tercantik dan termahal untukmu. Mahukah kamu menemani aku dikuburku?"

Jawab Isteri keempatnya, "Tidak itu kerja gila." Maka dia pergi kepada isteri ketiga dan menyatakan perkara sama.

Jawab Isteri ketiga, "Mustahil aku akan ikut kamu sampai ke liang gelap itu. Cukuplah aku temani engkau sampai ke pintunya sahaja." Si suami kecewa lalu pergi kepada isteri kedua.

Jawab Isteri kedua, "Maaf tapi kasihku masih tidak mampu membuatku menemanimu dikuburmu." Maka, sedihlah hati si suami apabila ketiga-tiga isteri yang disayanginya tidak mahu menemaninya dikuburnya nanti.

Tiba-tiba berkata seorang wanita, "Aku akan menemanimu." Si suami mengalih pandangan. Itu adalah Isteri pertamanya. Isteri yang dipinggir dan dilupakan selama ini. Menitis air matanya mengenangkan kesanggupan si isteri menemaninya hingga datang sesal terhadap segala tingkahnya kepada si isteri pertama itu selama ini. Sewajarnya dia harus dihargai.

SIAPA ISTERI-ISTERI LELAKI ITU?

Sesungguhnya setiap lelaki telah dinikahkan dengan empat orang 'isteri' sejak azali lagi. Isteri pertama ialah Roh, isteri kedua ialah keluarga dan sanak saudara, isteri ketiga ialah pangkat dan harta sedang isteri keempat ialah nyawa.

Sesungguhnya, nyawa akan pergi sebelum kita ke liang kubur lagi. Harta akan hilang sebaik kita diusung keluar dari rumah dengan berkapan. Dan sanak saudara akan tinggal sebaik kita dimasukkan ke liang lahad. Mereka semua isteri peneman dunia fana.

Sedang roh akan berada di samping kita menemani hingga ke liang lahad. Maka, jagalah rohmu dengan Islam. Nescaya ia akan menjadi sebaik-baik teman di kuburan dengan limpahan cahaya kebaikkan menjadikan kuburan tempat yang menyamankan bagi yang beriman.


Wednesday, November 10, 2010

HINDARI KEBURUKAN UNTUK KEBAIKKAN

Tatkala senja hampir bertandang, mengusir sore hari yang terbentang, di sana muncul kelibat seorang jejaka menghampiri madrasah usang. Di situ tempat bertapaknya pancaran ilmu Islam. Langkah jejaka itu langkah insaf. Setapak demi setapak memijak lantai dunia sambil kepala tertunduk tawaduk.

Beberapa kilas kemudian, datang seorang lelaki berusia, siap berjubah dan berserban dengan wajah bercahaya. Mungkin itu cahaya iman. Ujar si jejaka di dalam hati tatkala terpandang wajahnya. Dia adalah ulama pimpinan di daerah itu. Tukang rujuk dalam pelbagai kemaslahatan umat zaman itu.

Dirai jejaka itu umpama tetamu istimewa. Hingga ke satu saat, jejaka itu menangis, teresak-esak tangisannya. Dia ingin bertaubat. Banyak benar dosa yang telah dilakukan hingga tidak terungkap olehnya.

Maka, berkata ulama pimpinan itu . “Tidak perlu kamu cerita akan aibmu. Ini bukan agama kristian. Cukuplah Allah mengetahui niatmu. Nescaya pancaran tulus hatimu akan memadam dosa-dosamu itu.”

“Terima kasih Ulama pimpinan. Namun, jika tiada berat bagimu berikanlah anak satu nasihat yang membantu dalam sisa hidup ini. Sungguh ujian ke hadapan ini pasti akan lebih berat buatku.”

“Jika nasihat yang engkau mahu maka ingatlah kata-kata ini. Berusahalah menjauhi keburukan dan kemungkaran nescaya Allah akan datang denan balasan kebaikkan untukmu.” Malam itu mereka pun bersurai. Namun si jejaka meminta izin tidur di madrasah kerana sudah habis hartanya dihumban kerana semuanya hasil dosa.

Tatkala malam semakin pekat kehitaman, perutnya tiba-tiba terasa perit kelaparan. Ditahannya sehingga sepertiga malam. Ketika itu syaitan dan barua-baruanya membisik jahat di telinga. Akhirnya dia nekad untuk pergi mencuri. Buat santapan dirinya yang lapar.

Dia menceroboh ke sebuah rumah besar umpama gudang. Diseludup dirinya ke dalam sehingga tiba di ruang dapur. Makanan cukup banyak. Kata Iblis “Ambil sahaja apa yang kamu mahu. Kamu sedang lapar.”

Tangan hampir menggengam makanan yang ada sehinggalah tergiang di telinganya kata-kata ulama pimpinan tadi, “Berusahalah menjauhi keburukan dan kemungkaran nescaya Allah akan datang dengan balasan kebaikkan untukmu.”. lalu dibatal hasrat buruknya itu.

Dia pun melangkah keluar. Menyelinap pintu ke pintu hingga tertolak akan sebuah pintu. Wah! Di dalamnya penuh harta cantik-cantik, mahal-mahal dan banyak sekali sedang dia sendiri juga sudah tidak berharta. Iblis sekali lagi membisik “Ambillah walau sedikit. Bukankah engkau sudah tidak punya harta.”
Sekali lagi tangannya hampir menggengam harta-harta itu. Dan sekali lagi juga terngiang di telinganya nasihat ulama pimpinan “Berusahalah menjauhi keburukan dan kemungkaran nescaya Allah akan datang dengan balasan kebaikkan untukmu.” Maka dibatalkan hasrat jahatnya itu tadi.

Dia terus menuju jalan keluar. Namun matanya terpandang akan seorang wanita muda putih rupawan yang sedang nyenyak tidur. Wanita itu tuan punya kediaman. Maka, iblis meniupkan nafsu jejaka itu. Bisik iblis “Dia habuan kamu malam ini. Lakukan apa yang perlu kamu lakukan. Musnahkan kehormatannya.”

Jejaka itupun menghampiri wanita cantik sehingga terngiang sekali lagi di telinganya pesan ulama pimpinan “Berusahalah menjauhi keburukan dan kemungkaran nescaya Allah akan datang dengan balasan kebaikkan untukmu.”. Akhirnya, jejaka itu pulang ke madrasah tanpa satupun habuan dunia namun syaitan terseksa kerananya.

Menghampiri solat subuh, ulama pimpinan itu kembali ke madrasah. Tidak berapa lama, datang wanita muda putih rupawan bersama beberapa teman bertemu ulama pimpinan. Dia berkata, “Wahai Ulama Pimpinan. Sesungguhnya aku menemukan jejak-jejak kaki bahawa rumahku telah dicerobohi tetapi tidak ada apa-apa perkara yang hilang termasuk kehormatanku. Namun aku khuatir yang dia akan kembali sedang aku janda yang kematian suami. Tiada yan menjagaku.”

“Bila tamat tempoh iddah mu?” Tanya ulama pimpinan.

“Sudah tamat.” Kata wanita itu.

Lalu ulama pimpinan itupun memanggil si jejaka dan berkata, “Wahai wanita mulia, sesungguhnya jejaka ini dalam keampunan Allah. Kahwinilah dia dan dia akan menjadi penjaga kepadamu dari sebarang bahaya dunia dengan izin Tuhanmu.”

Maka berkahwinlah mereka berdua. Semuanya hasil nasihat ulama pimpinan. Pemuda itu berkata di dalam hatinya, “Aku menolak makanan dari jalan haram yang hanya mampu mengenyangkan aku sehari. Aku menolak harta dari jalan yang haram yang hanya mampu menyenangkan aku seketika. Aku menolak wanita dari jalan haram yang hanya mampu memuaskan aku sementara. Dan Allah membalasnya dengan kekenyangan, kesenangan dan teman dampingan untukku di baki hidup duniaku di jalan yang halal.”

“BENARLAH katanya, Berusahalah menjauhi keburukan dan kemungkaran nescaya Allah akan datang denan balasan kebaikkan untukmu

Tuesday, November 9, 2010

TUAN AKU DAN TUHAN 'AKU'...

OLEH: HAMBA ALLAH@ILUVISLAM

           “Wahai saudari, siapakah saudari yang lagaknya begitu sombong sekali. Apa yang membuatkan saudari begitu angkuh sekali. Siapa saudari?”

            “Ah! Memang selayaknya aku sombong, angkuh, meninggi diri. Kerana aku orang penting dunia. Kerana aku orang tinggi dunia. Tanpa aku dunia seperti tugu roda. Dunia kaku tidak bergerak berputar.”

            “Wah, hebat sungguh lagak saudari. Siapa sebenarnya saudari andai bias dijelaskan lagi?”

            “Aku orang penting dunia. Aku berdiri di dalam istana. Aku berdamping dengan Sang Raja. Setiap gerak ku umpama memutarkan bebola dunia. Aku insan penting, hebat, bertenaga. Tatkala Sang Raja bersedih, akulah pengubat sedihnya. Tatkala Sang Raja kesunyian, akulah pembawa riangnya. Tatkala Sang Raja lapar dahaga, akulah yang menyenangkan temboloknya. Sungguh! Sungguh! Sungguh aku ini insan penting. Tanpa aku raja umpama orang bongkok tidak bertongkat.”

            “Memang hebat saudari ini. Tapi bisakah andai dihulur satu pertanyaan?”
            “Apa?”
            “Kepingin pula rasa hati ingin mengetahui apa gerangan yang dilakukan Sang Raja tatkala saudari melakukan kesalahan?”

            “Oh, pastilah Sang Raja akan murka dan marah. Bahkan akan dihukum sesiapa sahaja yang menaikkan kemurkaannya tidak kira siapapun dia.”
            “Oh begitu. Maknanya tuan saudari tidaklah sehebat Tuan hamba.”
            “Sehebat seperti manakah Tuan saudara?”

            “Singkat kalam Tuan hamba hebatnya tiada tandingan. Tatkala hamba sedih berduka, Dia hadir dengan Nur mengukir senyuman hamba. Tatkala hamba lapar dahaga, Dia hadir dengan huluran rezeki bertimpa-timpa. Tatkala hamba hampir putus asa, Dia hadir dengan keyakinan tersuntik di dada hamba. Tatkala hamba terasa berat menekan hati, Dia datang dengan seribu satu ketenangan yang menyenangkan.”
             “Bagaimana pula lagak-Nya tatkala saudara melakukan kesalahan.”

        “Tatkala hamba mengundang murka-Nya, Dia hadir dengan huluran taubat dan  keampunan khas untu hamba-hamba-Nya. Sungguh!Sungguh!Sungguh Dia Tuhan Maha Pengasih lagi Penyanyang.
            
        “Wah! Hebat sungguh Tuan saudara. Cintanya tersangat agung, suci tidak berdebu sedikitpun. Tidak pernah terlintas pandangan walau secebis di mana-mana sudut dunia ini akan Tuan se-Agung Tuan saudara. Siapakah Dia?”
            
              “Dia-lah Rabbil Jalil. Dialah Allah! Allah! Allah!”
              “ALLAH??”
             “Ya Allah! Dia Tuhan yang menciptakan hamba. Juga yang menciptakan saudari. Juga seluruh yang hidup bernyawa di dunia. Bahkan kerajaan-kerajaan di langit juga milik-Nya. Dia tempat manusia bermula dan Dia tempat kembali semua. Sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad telah diutus oleh-Nya untuk membawa rahmat (Islam).
            
        “Allah! Di manakah Dia? Aku pingin pergi pada-Nya. Aku pingin berTuankan-Nya. Saudara, bawalah Aku kepada-Nya. Bawalah aku kepada Tuan saudara. Aku sanggup…aku sanggup tinggalkan segala di kelilingku. Raja, Istana semuanya. Allah! Namanya sahaja sudah menggoncang hatiku. Namanya sahaja sudah cukup untuk aku tinggalkan semua itu. Saudara! Aku mohon bawa aku kepada-Nya.
            
           “Dengan izin-Nya. Ayuh ikut hamba. Ini jalannya. Sesungguhnya saudari sentiasa dibawah keampunan dari-Nya.”

--Andai sahaja manusia tahu sehebat mana nikmat di SYURGA…



TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”

Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat””

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”

Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”

Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.