Followers

Thursday, November 11, 2010

LELAKI EMPAT ISTERI

ISTERI PERTAMA

Isteri pertamanya ini sungguh besar pengorbanannya. Dia sentiasa mendampingi, mengurus segala hal baik berkaitan kewangan, keluarga juga masalah-maalah besar yang memeningkan. Dia menjaga dengan penuh kasih sayang. Bahkan sakit badan suami hingga terasa pada dirinya. Tapi si suami jarang memberi perhatian padanya.

ISTERI KEDUA

Isteri kedua ini disayangi oleh si suami. Dia membeikan kegembiraan dan kegirangan pada suami. Tempat beteman, tempat berbicara di kala perlu. Dan si suami menyanyanginya lebih dari isteri pertama.

ISTERI KETIGA

Isteri Ketiga ini lebih disayangi oleh si suami. Dia membuat kehidupan suami bermakna. Menyenangkan hati dan memberi kebahagiaan. Kasihnya suami padanya membuatkan dia lebih diberi tumpuan berbanding isteri pertama dan kedua.

ISTERI KEEMPAT

Istei keempat paling disayangi si suami. Tanpanya tiada hidup. Segala dihabiskan untuk menjaga isteri keempat sebaik mungkin. Sakit, menderita. apa sahaja dilakukan untuk mengelak semua itu. Dia paling disayangi antara keempat-empat isteri itu.

DAN KISAHNYA...

Si suami dapat merasakan bahawa hidupnya tidak lama. Petanda demi petanda sudah tiba dan masa hidupnya semakin mengecil. Dia terkenangkan kehidupan di dunia ini. Dia ditemani empat isteri yang setia padanya. Setia menemani hidup dunianya.

Lalu, dia pergi kepada isteri keempat. Isteri yang paling disayangi. Dia berkata "Akan aku sediakan pakaian tercantik dan termahal, perhiasan tercantik dan termahal dan semua yang engkau inginkan yang tercantik dan termahal untukmu. Mahukah kamu menemani aku dikuburku?"

Jawab Isteri keempatnya, "Tidak itu kerja gila." Maka dia pergi kepada isteri ketiga dan menyatakan perkara sama.

Jawab Isteri ketiga, "Mustahil aku akan ikut kamu sampai ke liang gelap itu. Cukuplah aku temani engkau sampai ke pintunya sahaja." Si suami kecewa lalu pergi kepada isteri kedua.

Jawab Isteri kedua, "Maaf tapi kasihku masih tidak mampu membuatku menemanimu dikuburmu." Maka, sedihlah hati si suami apabila ketiga-tiga isteri yang disayanginya tidak mahu menemaninya dikuburnya nanti.

Tiba-tiba berkata seorang wanita, "Aku akan menemanimu." Si suami mengalih pandangan. Itu adalah Isteri pertamanya. Isteri yang dipinggir dan dilupakan selama ini. Menitis air matanya mengenangkan kesanggupan si isteri menemaninya hingga datang sesal terhadap segala tingkahnya kepada si isteri pertama itu selama ini. Sewajarnya dia harus dihargai.

SIAPA ISTERI-ISTERI LELAKI ITU?

Sesungguhnya setiap lelaki telah dinikahkan dengan empat orang 'isteri' sejak azali lagi. Isteri pertama ialah Roh, isteri kedua ialah keluarga dan sanak saudara, isteri ketiga ialah pangkat dan harta sedang isteri keempat ialah nyawa.

Sesungguhnya, nyawa akan pergi sebelum kita ke liang kubur lagi. Harta akan hilang sebaik kita diusung keluar dari rumah dengan berkapan. Dan sanak saudara akan tinggal sebaik kita dimasukkan ke liang lahad. Mereka semua isteri peneman dunia fana.

Sedang roh akan berada di samping kita menemani hingga ke liang lahad. Maka, jagalah rohmu dengan Islam. Nescaya ia akan menjadi sebaik-baik teman di kuburan dengan limpahan cahaya kebaikkan menjadikan kuburan tempat yang menyamankan bagi yang beriman.


No comments:

Post a Comment