Internet itu asalnya ilmu ISLAM. Pernyataan yang tiba-tiba terlintas di laluan minda ana dengan izin dan ilham dari Allah Azza Wa Jalla tatkala membaca sebuah kisah mengenai ilmu kasyaf seorang ulama besar silam. Tergerak pula hati untuk berkongsi dengan sahabat semua tentang perkara ini.
Diceritakan Syeikh Abdul Qadir Jailani didatangi oleh pemuka-pemuka besar Kota Baghdad. Dia diajak untuk turut serta beribadah malam secara beramai-ramai oleh pembesar-pembesar itu. Pada mulanya, beliau menolak tetapi setelah pembesar itu berkeras juga mahu beliau turut serta, dengan berat hati beliau bersetuju.
Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.
Di pertengahan malam, pemuka-pemuka Baghdad menjemput beliau untuk memberi tazkirah dan sedikit peringatan. Sekali lagi beliau cuba mengelak tetapi setelah dipaksa dia bersetuju. Maka, diapun memberi tazkirah. Tazkirahnya amat pendek dan ringkas. Ujar beliau "Sesungguhnya tuhan kamu semua berada di tapak kakiku."
Alangkah terkejut pembesar-pembesar Baghdad itu. Mereka lantas melaporkan kepada pemerintah akan hal ini. Pemerintah menitahkan supaya hal ini disiasat dan Syeikh Abdul Qadir Jailani dipancung jika bersalah.
PERBICARAAN SYEIKH ABDUL QADIR
Tuan wali yang ditugaskan menyiasat bertemu Syeikh Abdul Qadir Jailani. Beliau bertanya, "Ya Tuan syeikh, pada sekian tempat, sekian hari dan sekian waktu, benarkah Tuan Syeikh ada berkata sekian-sekian perkataan."
Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani, "Ada."
"Berikanlah alasanmu agar dapat ditidakkan hukuman ke atasmu, Tuan Syeikh."
"Jika kamu mahu tahu alasanku, lihatlah di tapak kakiku."Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani.
Tuan Kadhi lantas melihat tapak kaki Tuan Syeikh lalu terlihat kepingan dinar emas di kakinya. Fahamlah akan Tuan Kadhi apa yang ingin disampaikan Tuan Syeikh Abdul Qadir Jailani. Sesungguhnya ibadat pembesar-pembesar Mekah itu bukan kerana Allah tetapi kerana dunia.
PERKAITAN DENGAN INTERNET
Jika diteliti kisah ini mungkin sukar untuk dikaitkan dengan internet. Akan tetapi, kisah di atas mencritakan tentang suatu ilmu yang hanya terdapat dapat mereka-mereka yang terpilih dengan hakikat tasawuf yang sebenar sehingga mencapaikan dirinya ke tahap wali Allah. Itulah ilmu kasyaf.
Sesungguhnya dalam kisah ini Allah memperlihatkan kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani tentang niat pembear-pembesar Baghdad itu yang beribadat kerana dunia dan bukan kerana Allah. Tuhan mereka dunia walau perbuatannya menyembah Allah.
Banyak lagi kisah-kisah ilmu kasyaf yang lain melibatkan wali-wali Allah bahkan melibatkan kekasih Allah, Muhammad saw. Allah memperlihatkan dan menggambarkan kepada mereka semua secara LIVE tentang sesuatu perkara sehingga mereka boleh mengetahui tentang perkara tersebut. Sememangnya tidak masuk akal tetapi bukan mustahil bagi Allah swt untuk melakukan.
INTERNET ITU KASYAF ZAHIR
Yang terlintas di minda ana ialah internet itu ilmu kasyaf zahir yang berasal daripada ilmu Islam. Bagaimana? Konsepnya mudah, tidak kompleks untuk difahami.
Ilmu kasyaf yang bolehlah di istilahkan kasyaf batin adalah suatu ilmu di mana seseorang itu diperlihatkan dengan suatu keadaan yang tidak mampu dicapai akal manusia. Maka, seseorang itu mengetahui sesuatu perkara seperti kisahnya seorang wali diperlihatkan Allah akan cuaca di Kota Mekah sedang dia tidak berada di Mekah.
Samalah konsepnya dengan internet. Kita diperlihatkan dengan suatu perkara yang di luar jangkauan kita seperti mengetahui perihal cuaca yang berlaku di sesuatu tempat sedang kita tidak berada di situ. Konsepnya sama maka tidak salah untuk di istilahkan internet ini adalah kasyaf zahir.
PERIHAL KASYAF
Adapun satu lagi persamaan adalah perihal kasyaf itu sendiri. Ada ilmu yang ilhamnya dari Allah swt iaitu kasyaf orang-orang beriman. Dan ada juga ilmu yang disandarkan kepada bantuan makhluk Allah yang lain seperti jin iaitu kasyaf orang yang syirik.
Begitulah juga internet. Ada ilmu yang diperoleh melaluinya atas nama Allah dan ada yang disalurkan dengan jalan redha syaitan. Internet, di situ ada nasihat kepada agama juga di situ ada ajakan kepada dunia. Yang tinggal diri kita untuk menilai dan menapis segala ilmu yang ada.
Kesimpulannya, ilmu kasyaf itu ada pada diri kita. Walaupun mungkin ilmu kasyaf itu adalah ilmu kasyaf tingkatan paling rendah. Dan sebagai umat Islam, kita perlu menggunakan segala maklumat yang diperolehi melalui internet atau kasyaf zahir ini untuk Islam. Untuk perjuangan Islam. Perjuangan mengajak manusia ke arah pengabdian diri kepada ALLAH. Itu perjuangan kita semua umat ISLAM.
No comments:
Post a Comment