Followers

Tuesday, November 30, 2010

KONSPIRASI DUNIA - BENARKAH IA WUJUD?

Bagaimana sekiranya ada yang mendekati anda dan berkata "anda sekarang ini dalam permainan konspirasi dunia. Semua di sekeliling anda satu konspirasi supaya anda buta, pekak dan tuli terhadap hakikat sebenar. Di depan anda, belakang anda, kiri dan kanan anda semuanya permainan belaka. Anda kini berada dalam permainan dunia. Kadang-kala anda pemainnya dan kadang-kala anda yang dipermainkan. Dan...ANDA TIDAK SEDAR AKAN SEMUA INI."?

Konspirasi Dunia, BENARKAH IA WUJUD. Satu kajian daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka "wakeup project" mendedahkan konspirasi ini memang wujud dan kini mereka telah masuk ke FASA KE-3. Pendedahan mereka lengkap dengan bukti-bukti dan teori-teori kewujudan konspirasi bahkan Al-Quran dijadikan rujukan utama dalam penyelidikan mereka. Berbalik kepada soalan tadi, benarkah wujud sebuah konspirasi peringkat global yang mempermainkan semua jiwa-jiwa manusia masyarakat dunia?

Mungkin saya tidak layak menjawab persoalan itu namun seperti yang dikatakan "wakeup project" kami hanya menanyakan soalan, mendedahkan bukti, membentangkan fakta dan mencorak teori tertentu untuk anda lihat, nilai dan teliti. Asbabnya, andalah yang akan menjawab pertanyaan ini untuk diri anda dan menentukan sikap anda kemudiannya.

Kita melihat dunia dan kita melihat sejarah. Kita melihat sekeliling kita. Corak ekonomi, sosial, politik, hak asasi,, isu makanan, dan isu global lain. Kita melihat semua itu dan saya yakin pasti pernah terlintas di fikiran kita barang sekali akan satu kenyataan, "Ini semua tak betul".

Dahulu negara-negara dunia dijajah oleh kuasa besar. Berdekad-dekad dan berabad lamanya namun pada akhirnya negara-negara ini dimerdekakan tanpa sebab-sebab yang munasabah. Dahulu mereka mendapatkan kita dan kemudian mereka lepaskan kita begitu sahaja. Benarkah kita dilepaskan begitu sahaja?

Masyarakat di Malaysia lebih setengah abad telah dipertontonkan dengan satu teori klasik bahawa kedatangan penjajah ke Tanah Melayu adalah disebabkan rempah. Kerana kedudukan strategik. Kerana laluan dagang. Pernah sahabat saya berkata sinis, "Kita dijajah kerana rempah ratus?". Dan saya timbulkan persoalan di sini untuk anda semua, "Benarkah? atau ini satu lagi konspirasi."

Sejarah ditinggalkan dengan pelbagai persoalan dan misteri yang belum terungkap dengan fakta jelas. Hanya teori yang dipersembahkan umpama bukti kukuh untuk pihak tertentu. Kini, kita melihat dunia hari ini. Dunia hari ini berada di putaran fitnah. Manusia semakin hilang pedoman, kabur arah tuju dan matlamat. Seperti kemanusiaan itu tidak wujud.

Keganasan dianggap keamanan dan masyarakat dunia seperti redha dalam tingkah mereka walau mulut membantah. Dunia di kelilingi fitnah hingga manusia merasakan tidak ada sesiapa yang boleh dipercayai termasuk dirinya sendiri. Zaman manusia menjadi kejam. Bayi dibunuh, wanita dirogol, jejaka muda dinodai dengan maksiat. Runsing.

Tidak cukup itu, kehidupan kita terus ditekan. Ekonomi yang serabut, corak sosial yang pro-negatif, politik yang kejam, kita bagai dipaksa untuk mempercayai sesuatu yang tidak pasti dengan paksaan yang sangat halus tetapi cukup menyeksa.

Mungkin artikel hari ini tidak menyatakan fakta namun apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah satu gambaran dunia yang hakikatnya penuh keraguan dan kemusykilan. Dunia hari ini huru-hara. Kita dipaksa untuk mempercayai perkara yang tidak sepatut kita percaya dan kita tidak menyedarinya. Ia dinukil dengan cukup halus dan berkesan kerana IA ADALAH SEBUAH KONSPIRASI DUNIA. Dan sebagai mukadimah cukuplah saya katakan ...FREEMASON.

InsyaAllah akan bersambung...

  

No comments:

Post a Comment