Followers

Saturday, November 13, 2010

MENUNGGU BIDADARI SYURGA, PENEMAN DIRI DI RABBUL JANNAH

Tatkala penghuni Jannah melangkah ke Taman Nikmat yang tidak berpenghujung, dia ternanti-nanti akan teman yang akan bersamanya menikmati nikmat Syurga. Dia ternanti-nanti akan pendampingnya. Bidadari syurga yang bakal patuh dan setia padanya. Dia itu tidak menyusahkan atau membuatkan dirinya berkecil hati bahkan dia amat menyenangkan lagi sentiasa sedia dalam dara. 

Dalam penantian itu, muncul seorang wanita bidadari syurga dari arah dia melihat. Berjalan sopan sejuk mata memandang menuju ke arahnya sambil tangan membawa dulang berisi makanan. penghuni syurga itu terpinga, terpaku dengan kecantikkan bidadari syurga itu.

Selama hidup di dunia belum pernah aku melihat wanita secantik ini. BENAR!! Tiada yang secantik ini dalam luas bulatan dunia. Itulah wanita paling cantik yang diperlihatkan kepada matanya oleh Allah Azza Wa Jalla. Kulitnya putih bersih, wajahnya cantik menyenangkan, lagaknya lembut dan dia datang membawa makanan.

Penghuni syurga itu benar-benar terpikat. Dia cuba menyentuh kulit halus wanita itu tatkala menghampirinya kerana di syurga semuanya HALAL dan TOIYIBA. Tetapi, bidadari syurga itu melarang dan mengatakan dirinya bukan peneman penghuni syurga itu bahkan ada yang lebih baik sebagai peneman untuk dirinya, penghuni syurga sedang dirinya hanya pembawa makanan untuk ahli syurga. Dia perlu bersabar.

Penghuni syurga kehairanan. Logiknya, wanita dunia bergelar isteri akan menyediakan makanan untuk suami tetapi ternyata yang cantik rupawan di hadapannya hanyalah pembawa makanan dan bukan peneman hidupnya. Maka, penghuni syurgapun menunggu.

Tidak berapa lama datang pula seorang wanita bidadari syurga sambil memegang dulang berisi minuman menuju ke arahnya. Wajahnya cukup indah, cantik bahkan lebih cantik dari bidadari syurga yang pertama tadi. Berjalan sopan dengan senyuman menuju kepadanya.

Penghuni syurga itu dalam keadaan terpaku teringat akan keadaan di dunia. Si isteri akan membawa air untuk suami tatkala suami pulang ke rumah. Itu kebiasaaannya. Maka, di menjadi yakin bahawa wanita itulah temannya di syurga. Lalu ingin disentuh wanita bidadari syurga itu. Tetapi, bidadari syurga itu menegah dan mengatakan dia hanyalah pembawa air untuk ahli syurga. Sedang ada yang lebih baik untuk ahli syurga. maka terpaksalah penghuni syurga terus menunggu.

Beberapa tika kemudian datang seorang lagi wanita bidadari syurga sambil memegang dulang terisi pakaian. Lelaki syurga teringat akan keadaan di dunia di mana si isteri adalah insan yang akan menyediakan pakaian untuk suami. Dibasuh, dibilas, disidai, dilipat sehinggalah disiapkan untuk dipakai suami. Maka, yakinlah dia wanita bidadari itu adalah teman syurganya.

Wajah bidadari itu cantik sekali. Kali ini lebih cantik dari bidadari pertama. Lebih cantik dari bidadari kedua bahkan lebih cantik daripada semua wanita dunia yang pernah dilihatnya. Kulitnya putih bersih berseri. Lagaknya lembut sopan sungguh menggoda.

Bidadari itu melangkah mendekatinya. Tatkala ingin disentuh lelaki syurga wanita itu melarang dan mengatakan dia hanyalah pembawa pakaian syurga untuk ahli Jannah. Sedang ada yang lebih baik untuk ahli syurga. Lalu terpaksalah lelaki syurga itu menunggu lagi.

Lelaki syurga terus menunggu dan tidak lama kemudian muncul di hadapannya seekor kuda putih yang sangat cantik. Melangkah gagah menuju lelaki syurga itu. Bulunya halus gebu sukar digambarkan. Sifatnya elok dan cantik hingga tergamam lelaki syurga melihatnya.

Di atas kuda itu wujud satu cahaya yang sangat indah. Kuda itu menghampiri lelaki syurga. Apabila semakin hampir barulah lelaki syurga tersedar bahawa yang bercahaya di atas kuda itu rupanya seorang wanita. Wajahnya ditutup dengan hijab.

Kuda itu berhenti betul-betul di hadapan lelaki syurga. Lelakimitu tergamam seperti terpukau melihat keindahan wanita itu. Hatinya kepingin melihat wajah wanita itu lalu dia mendekati untuk membuka hijabnya.

Maka, dibuka hijabnya. Alangkah terkejutnya melihat wanita di atas kuda indah itu adalah isterinya ketika di dunia. Tetapi wajahnya tampak muda sekitar 33 tahun. Rupanya juga semakin indah sehingga kecantikkannya melebihi kecantikkannya di dunia, melebihi kecantikkan semua penghuni dunia, melebihi kecantikan ketiga-tiga bidadari syurga tadi bahkan jika dicampur semua kecantikkan mereka, isterinya itu lebih cantik.

Wajahnya berseri dan bercahaya. kulitnya halus dan tembus seperti lut sinar. Pakaiannya indah dan memakai wangi-wangian yang harum. Sememangnya dia wanita syurga peneman lelaki Jannah yang paling cantik pernah dilihat.

Maka, suaminya bertanya akan bagaimana isterinya itu dapat masuk syurga dalam keadaan yang amat indah kejadiannya. Si isteri wanita syurga berkata, "Sesungguhnya tiga amal paling utama telah menjamin tempat dan keadaanku seperti ini. Itulah mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan dan ditambah dengan taat kepada suami iaitu diri kamu."


-Sesungguhnya, Lelaki yang beriman akan ditemani oleh isterinya yang beriman di syurga dalam keadaan yang tersangat elok. Dan di syurga tidak ada rasa cemburu oleh Isteri atau ego oleh suami kerana semua perkara buruk tidak akan masuk ke dalam syurga-







No comments:

Post a Comment